mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – AWG SYAFIQ BIN AWG RAMLI

ASAS KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & ADOBE PHOTOSHOP

 NAMA  : AWANG SYAFIQ BIN AWANG RAMLIE
 UMUR  : 18 TAHUN
 AHLI     : 2016

 

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas, Debak. Berasal dari Kampung Bungey Debak.Setiap kali kelapangan waktu, beliau banyak menghabiskan masa lapang beliau berkunjung ke Pusat Internet bagi mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti Kelas ICT yang dijalankan oleh petugas setiap hujung minggu. Beliau telah menjadi Ahli PEDi Debak pada tahun 2016.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum ini banyak yang beliau tidak tahu mengenai Komputer, Microsoft Office & Adobe Photoshop. Disebabkan keperluan untuk menjadi Calon STPM adalah menyediakan kerja kursus untuk semua mata pelajaran wajib di sekolah.Beliau hanya mengikuti rakan – rakan ke PEDi hanya untuk meminjam Netbook 1Malaysia untuk dibawa pulang ke rumah bagi mencari maklumat  dan beliau turut mengunakan kouta telefon untuk mencari maklumat di internet. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Setelah beliau sedia maklum mengenai menjadi ahli PEDi, beliau dapat mengikuti kelas ict yang dijalakan oleh petugas , internet percuma setengah jam  dan juga bayaran yang dikenakan untuk ahli juga berpatutan. Beliau banyak menghabiskan masa di Pusat Internet bagi mendapat bimbingan dari petugas untuk menyiapkan kerja kursus beliau.

  

Antara kelas ICT dan aktiviti yang sering diikuti oleh Awang Syafiq di PEDi