mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – CIK DEWI MARTIZA BINTI DRAHMAN

Nama :  Dewi Martiza Binti Drahman
Umur :  27 Tahun
Ahli :  Julai 2020

Latar Belakang

Cik Dewi Mastiza merupakan seorang tukang jahit pakaian di Daerah Debak. Mengambil upah menjahit pakaian untuk musim perayaan dan sepanjang masa. Selain itu, beliau juga membuka ruang perniagaannya dengan menjual produk Kasut dan tudung secara dropship dan kecil-kecilan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Menjahit baju dan mengambil order melalui telefon dan whatsapp

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Selepas mengikuti kelas keusahawan shopee di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), beliau sudah berani untuk mempergiatkan lagi jualan di media sosial yang lainnya.Selain daripada itu, beliau dapat mempelajari bagaimana cara mengambil gambar produk dengan lebih terang dan menarik. Selain daripada berpeluang belajar membuat label produk sendiri dan dapat mengurangkan kos cetakan yang sebelum ini beliau masih belum berpeluang menghasilkan label sendiri.Beliau turut percaya bahawa jualan yang dipasarkan melalui media sosial kini lebih luar liputannya berbanding berjual secara offline