JUALAN ANEKA KEK LAPIS
Nama | : | Masnun Binti Mohamad |
Umur | : | 28 Tahun |
Ahli | : | Nov 2019 |
Latar Belakang
Cik Masnun merupakan seorang belia yang mempunyai kemahiran dalam penghasilan produk makanan.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDI
Hanya menggunakan whatsapps dan kenalan sedia ada di facebook sebagai medium untuk menjual produk yang beliau buat.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDI
Selepas mengikuti kelas keusahawan , dashboard komuniti, banyak yang beliau pelajari dan mendapat tunjuk ajar dari petugas bagaimana menggunakan media sosial sebagai medium untuk pasarkan produk, dan kini dapat mengemaskini facebook untuk membuat promosi jualan
Sejak penggunaan Facebook dengan maksima, kenalan yang diperolehi semakin ramai dan beliau sudah mendapat tempahan kek untuk sambutan raya dan gawai