mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – GHINA HUMAYRA BINTI SARUDIN

Nama :  Ghina Humayra Binti Sarudin
Umur :  13 Tahun
Ahli :  Disember 2014

 

Latar Belakang

Beliau merupakan salah seorang ahli terawal PEDi sejak penubuhan dan PEDi beroperasi. Ahli yang pernah berhadapan dengan masalah pencapaian internet yang sangat terhad dan kadang- kala pulang dengan perasaan hampa.Walaupun demikian, pengisian masa tanpa internet seperti kelas Microsoft telah menaikkan semangat beliau kembali untuk terus bersama dengan aktiviti pusat internet. Kesan daripada itu, beliau rajin datang ke PEDi pada setiap Sabtu dan Ahad untuk mengikuti kelas ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum adanya kewujudan PEDi, beliau secara asalnya banyak meluangkan waktu bermain dengan rakan-rakan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah meningkat dewasa dan melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu, beliau banyak meluangkan masa melakukan tugasan sekolah di pusat internet untuk mencari bahan rujukan dan menaip tugasan melalui Microsoft word dan mencetak tugasan yang telah siap