Daerah Debak mempunyai sejarah yang berharga yang masih belum diketahui banyak umum. Daerah Debak mempunyai keistimewaan sendiri dan sejarah unik yang perlu diketahui oleh semua masyarakat.
Keunikan Demografi Kampung
Daerah Debak berpotensi untuk dijadikan Homestay yang bercirikan kampung tradisional ataupun zaman lampau. Hal ini kerana, Daerah Debak mempunyai perkampungan yang unik. Keadaan kampung yang berderet sukar untuk dijumpai di tempat lain. Sebagai contoh, Kampung Babu, Kampung Bungey dan Kampung Lalang adalah merupakan kampung yang berderet dan berkongsi jalanraya yang sama.
Kaya dengan buah-buahan tempatan
Homestay boleh diwujudkan kerana ada tarikan musim buah-buahan. Pelbagai jenis buah-buahan boleh dijumpai di daerah ini. Sebagai contoh, durian, rambutan, manga, kuini, dan dabai. Penduduk Bandar boleh berkunjung ke daerah ini untuk merasa sendiri suasana kehidupan kampung.
Selain daripada tarikan buah-buahan tempatan, Debak juga mempunyai sejarah unik yang belum dirungkai. Keunikan Rebak atau kayu hanyut di sungai juga boleh menjadi tarikan para pelancong untuk datang berkunjung ke sini. Fenomena Rebak yang ada didalam sungai masih tidak diketahui asal usulnya. Ia hanya dipercayai wujud kerana permintaan Datuk Bandar Amit untuk melindungi saribas dari serangan musuh. Ia akan ada si dalam sungai pad masa-masa tertentu sahaja.
Pesta Rebak/Debak
Pesta Rebak atau Debak ini menyediakan pelbagai jenis aktiviti seperti gerai jualan makanan, sukaneka dan pelbagai lain. Pesta ini sudah selalu diadakan dan berjaya menarik minat pengunjung dari daerah sekitar seperti Spaoh, Maludam, Pusa, Beladin, Kuching, Sri Aman dan Betong.
Hulu Rimbas
Kekayaan flora dan fauna yang masih belum diketahui umum ini pasti akan memikat hati para pelancong untuk terus menjadikan Hulu Rimbas sebagai pusat rekreasi pilihan. Hal ini kerana kecantikan sungai dan hutan asli yang masih terpelihara sehingga ke hari ini.