Utama

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KAMPUNG BUNGEY

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Bungey dengan ini berbesar hati dan mengucapkan selamat datang ke portal maklumat kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan program kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama TM Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat dengan komuniti di bandar. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai titik permulaan bagi memperkenalkan rangkaian Internet seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan, peluang perniagaan online kepada masyarakat setempat dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) kepada komuniti luar bandar. Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang “celik IT” menjelang tahun 2020.

KEUSAHAWANAN – CIK KAMISAH BINTI MOHAMAD

18 September 2020 Kisah Kejayaan

JUALAN MAKANAN Nama  : Kamisah  Binti Mohamad  Umur   : 25 Tahun Ahli  : Februari 2015   Latar belakang Cik Kamisah merupakan adik kepada cik Masnun yang sama-sama dalam menghasilkan makanan […]

Baca lanjut →

JADUAL AKTIVITI DAN KELAS BULAN SEPTEMBER 2020

15 September 2020 Jadual Aktiviti

JADUAL SEPANJANG SEPTEMBER 2020 PUSAT INTERNET KG BUNGEY DEBAK, SARAWAK Q05C022   SEPTEMBER 2020 ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD   1 2 3 4 5 6 7 8 […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI BAGI BULAN OGOS 2020

9 September 2020 Laporan Aktiviti

PERKAKASAN KOMPUTER ( PC HARDWARE)  Tarikh  :  04, 05, 15 & 23 Ogos 2020   Masa  :  8.30 pagi – 9.30 Pagi   Lokasi  :   PEDi Kg Bungey, Debak  Peserta  :  37 […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya