NADI X KEUSAHAWANAN – LATIHAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN 101
TARIKH | 19 NOVEMBER 2024 |
MASA | 2:00 PM – 4:30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Bungey |
PESERTA | 10 ORANG |
Tujuan Program
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari Strategi Pemasaran dan Rancangan Perniagaan. Pelbagai strategi pemasaran yang telah dikongsikan bagi membolehkan produk jualan mereka dapat dikenali oleh ramai orang. Antaranya adalah:
- Pelan pemasaran yang kukuh
- Kenal pasti pesaing
- Cara menghasilkan produk berkualiti
- Pembungkusan produk yang menarik
- Menguasai pemasaran digital
- Menentukan lokasi jualan produk
Bagi Rancangan Perniagaan pula, antara tips yang telah dikongsikan adalah:
- Memberi peluang kepada usahawan menilai produk yang dirancang dengan teliti
- Merancang keperluan sumber perniagaan
- Menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan perniagaan
- Memberi gambaran sama ada perniagaan yang dirancang berdaya maju atau tidak
Aktiviti Sokongan :
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN
TARIKH | 3 & 13 NOVEMBER 2024 |
MASA | 2.30 PM – 3.30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Bungey |
PESERTA | 5 ORANG |
Tujuan Program :
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk menunjukkan tayangan Podcast NADI Malaysia Segmen E-Sukan –Episod 2: “E-Sukan, Ye ke ada Peluang Kerjaya?”. Episod ini memberi kesedaran kepada peserta mengenai eSports sebagai kerjaya, tapi dari sudut pandang pihak NGO! Bersama wakil dari Malaysia eSports Federation (MESF), iaitu Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2, mengupas lebih dalam tentang peluang yang ditawarkan oleh industri eSports untuk anak muda Malaysia.
Episod kali ini menerangkan bagaimana MESF dan persatuan eSports negeri menyokong bakat-bakat baru dan mencipta peluang dalam industry serta memainkan peranan penting dalam mengembangkan komuniti eSports di Malaysia.
Inisiatif yang dijalankan di peringkat negeri untuk membantu pemain, jurulatih, dan individu-individu lain yang berminat dalam kerjaya eSports. Pandangan jujur tentang cabaran dan potensi eSports sebagai laluan kerjaya masa depan.an dapat memberi pendidikan yang cemerlang untuk masa depan anak anda.
Aktiviti Sokongan :
NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – MARI SIHAT BERSAMA NADI!
TARIKH | 9 & 19 NOVEMBER 2024 |
MASA | 2.30 PM – 4.00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Bungey |
PESERTA | 15 ORANG |
Tujuan Program :
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:
- Saringan Tekanan Darah
- Saringan Gula Dalam Darah
- Body Mass Index (BMI)
Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda.
Aktiviti Sokongan :
NADI X KESEDARAN – TAKLIMAT NADI SAFE & SHIELD DAN PERKHIDMATAN PINTAR DI SEKOLAH SEKITAR DEBAK
TARIKH | 2,5,18,19, 20 & 23 DISEMBER 2024 |
MASA | 8:30 AM – 10:00 AM |
LOKASI | NADI Kampung Bungey |
PESERTA | 165 ORANG |
Tujuan Program :
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai perkhidmatan pintar NADI serta pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan keselamatan penggunaan internet pada masa kini.
Fokus program ini adalah :
- Pengenalan kepada lima teras Perkhidmatan Pintar NADI
- Keselamatan digital dalam kalangan pelajar
- Pencegahan penipuan siber
- Cara mengelak penyebaran maklumat palsu
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama dalam membentuk komuniti yang lebih beretika dan menjaga keselamatan digital mereka.
Aktiviti Sokongan :
KELAS ASAS ICT
TARIKH | 2 & 3 NOVEMBER 2024 |
MASA | 8:30 AM – 10:00 AM |
LOKASI | NADI Kampung Bungey |
PESERTA | 20 Orang |
Tujuan Program :
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing peserta cara-cara untuk membuat minit mesyuarat dengan menggunakan Microsoft word. Petugas juga telah mengajar asas Microsoft word kepada peserta seperti :
- Membantu peserta untuk menyimpan hasil kerja & latihan dalam folder
- Mengunakan format dan tool yang ada dalam Microsoft Office Word
- Lajur dan column dalam Mircosoft Office Word
- Belajar format dalam Microsoft Office Word
Aktiviti Sokongan :
STEM / IOT
TARIKH | 1,4,9 & 17 NOVEMBER 2024 |
MASA | 02.30 PM – 3.30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Bungey |
PESERTA | 20 Orang |
Tujuan Program :
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta kepada permainan atas talian yang membantu memupuk kemahiran berfikir secara kritikal, kreatif dan mampu menyelesaikan masalah dengan cepat dan pantas.
Aktiviti Sokongan :