NADI X KESEDARAN
| Tarikh | 05 Jun 2025 |
| Masa | 03.00 – 05.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 5 Orang |
Tujuan Program :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai perisian merbahaya dan mengenalpasti laman web merbahaya. Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Aktiviti Sokongan :
INISIATIF KERAJAAN – MyFutureJob
| Tarikh | 10 & 23 Jun 2025 |
| Masa | 02.00 – 04.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan Program :
Membantu belia lepasan SPM & STPM yang hadir ke NADI Kampung Bunget untuk pendaftaran ID SPA9 dan membuat permohonan jawatan di laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Aktiviti Sokongan :
NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – DILEA
| Tarikh | 20,21 & 23 Jun 2025 |
| Masa | 03.00 – 04.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 5 Orang |
Tujuan Program :
Peserta yang terpilih mengikuti Kelas Bimbingan Akademik dan Program Khas Dilea bagi membantu pelajar
- Membina asas yang kukuk untuk masa depan
- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, dan kemahiran
- Serta memanfaatkan pelbagai teknik belajar
Antara Kelas Bimbingan Akademik yang diberikan kepada peserta adalah Bahasa Melayu, Bahasa English, Matematik dan Sejarah. Untuk Kelas Program Khas Dilea pula adalah seperti seminar motivasi pelajar dan webinar berkala untuk setiap matapelajaran yang penting
Aktiviti Sokongan :
Gambar Disini
NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – EKELAS USAHAWAN
| Tarikh | 10 & 23 Jun 2025 |
| Masa | 11.00 – 12.30 Tengahari |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan Program :
Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan didedahkan kepada :
- Strategi Pemasaran Digital – Ia melibatkan penggunaan pelbagai strategi, platform, dan teknologi digital untuk memperluaskan jangkauan dan meningkatkan awareness perniagaan secara online. Dengan perubahan trend perniagaan yang semakin melonjak ke arah digital, pemasaran digital bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penjualan, tetapi juga dalam membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan.
- Asas Komunikasi Visual – Komunikasi visual dalam pemasaran digital merujuk kepada penggunaan elemen visual seperti imej, grafik, warna, video, ikon, tipografi dan susun atur untuk menarik perhatian pelanggan, menyampaikan mesej jenama, serta mendorong tindakan pengguna (contohnya: klik, beli, daftar).
Aktiviti Sokongan :
NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – ESUKAN
| Tarikh | 10 & 15 Jun 2025 |
| Masa | 02.30 – 03.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 10 Orang |
Tujuan Program :
Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran dalam esukan antaranya adalah seperti : –
- Kelas Kesedaran Sains Sukan Dalam Esukan – Bagi memberi kesedaran mengenai “Sains sukan dalam eSukan membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang ini bukan hanya bergantung pada bakat semata-mata, tetapi juga pada pengurusan saintifik terhadap badan, minda, dan data. Pemain profesional eSukan kini mendapat bimbingan daripada jurulatih, ahli psikologi sukan, pakar fisiologi, dan penganalisis data — sebagaimana atlet sukan konvensional.
- Kelas Pensijilan Asas Pemakanan Sukan Bagi Atlet Remaja – Atlet remaja memerlukan pemakanan yang seimbang dan mencukupi bagi menyokong pertumbuhan fizikal, prestasi sukan, dan pemulihan tubuh selepas latihan atau pertandingan. Mereka memerlukan lebih banyak tenaga berbanding remaja biasa kerana terlibat dalam aktiviti fizikal yang tinggi.
Aktivit Sokongan :
NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – CYBERSECURITY
| Tarikh | 13 & 20 Jun 2025 |
| Masa | 03.00 – 5.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 7 Orang |
Tujuan Program :
Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran dalam risiko siber dan melindungi identiti digital antaranya adalah seperti : –
- Cybersecurity Memahami Risiko Siber dan Permainan Online Anak – Anak – Bagi memberi kesedaran mengenai melindungi
- Cybersecurity Melindungi Identiti Digital Anda? – Bagi memberi kesedaran langkah – langkah dan sistem perlindungan yang digunakan untuk melindungi diri, peranti dan identiti digital daripada ancaman pengodam, perisian malware dan kecurian makluman. Kesan dari kecurian identiti ini memberi kesan yang serius termasuk penipuan kewangan, reputasi tercemar dan pencerobohan privasi.
Aktivit Sokongan :
NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – TINY TECHIES
| Tarikh | 13 & 20 Jun 2025 |
| Masa | 03.00 – 5.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 7 Orang |
Tujuan Program :
Tiny Techies adalah program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak sekolah rendah (biasanya umur 7–12 tahun) dalam bidang teknologi seperti robotik dan pengaturcaraan, serta membina asas kemahiran STEM yang penting seperti:
- Pemikiran logik dan menyelesaikan masalah
- Kemahiran kerjasama dan komunikasi berpasukan
- Kreativiti dan inovasi melalui projek hands-on
Aktivit Sokongan :
NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR PERTANIAN PINTAR
| Tarikh | 14 & 21 Jun 2025 |
| Masa | 11.00 – 12.00 Pagi |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 4 Orang |
Tujuan Program :
Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan asas pertanian pintar.
Aktivit Sokongan :
NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR JAHIT
| Tarikh | 14 & 21 Jun 2025 |
| Masa | 2.30 – 3.30 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 4 Orang |
Tujuan Program :
Peserta didedahkan dengan asas jahitan, membuat pola baju, menjahit baju kurung dan diajar cara mengendali mesin jahit.
Aktivit Sokongan :
NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR BAIKI GAJET
| Tarikh | 26 Jun 2025 |
| Masa | 10.00 – 12.00 Pagi |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 5 Orang |
Tujuan Program :
Kursus khas ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang padat dan praktikal kepada peserta tentang teknik profesional menukar skrin LCD telefon pintar jenis skrin melengkung.
Dalam kelas ini anda akan pelajari ,teknik menukar skrin yang mudah, cepat dan bajet rendah. Serta mengenalpasti kerosakan sehingga proses pemasangan skrin yang betul dan selamat. Peserta boleh menjana pendapatan melalui kemahiran membaiki telefon pintar ini.
Aktivit Sokongan :
NADI KEUSAHAWANAN : NADI KIDVENTURE
| Tarikh | 15, 21 & 28 Jun 2025 |
| Masa | 10.00 – 12.00 Pagi |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan Program :
Peserta yang mengikuti aktiviti NADI Keusahawan – KidVenture didedahkan dengan kelas asas keusahawanan pada umur dini.Antara aktiviti yang diperkenalkan kepada peserta adalah dengan menonton Video Pra Latihan dan juga mengikuti webinar berkala berdasarkan video yang telah ditonton sebelum mengikuti webinar.Webinar dijalankan adalah untuk memberi penerangan lebih terperinci mengenai apa yang telah ditonton peserta sebelum mengikuti kelas bagi memberi kefahaman sebenar mengenai tajuk yang bakal dibincangkan oleh panel.
Antara tajuk yang dibincangkan dalam NADI Keusahawan – KidVenture adalah seperti :
- Perancangan kewangan – untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai asas pengurusan kewangan dan membina tabiat berjimat sejak dini untuk masa depan yang lebih stabil.
- Pelan Perniagaan dan Perancangan Kewangan – untuk melatih pelajar memahami asas perniagaan, merancang pelan perniagaan yang efektif, serta mengurus kewangan dengan bijak. Program ini membantu pelajar membina kemahiran membuat keputusan kewangan dan perniagaan yang bertanggungjawab bagi masa depan yang lebih terancang.
Aktivit Sokongan :
NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI – JOM SIHAT BERSAMA NADI
| TARIKH | 27 Jun 2025 |
| MASA | 09.00 Pagi |
| LOKASI | NADI Kampung Bungey |
| PESERTA | 16 ORANG |
Tujuan Program :
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:
- Saringan Tekanan Darah
- Saringan Gula Dalam Darah
- Body Mass Index (BMI)
Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda. Selain itu, webinar turut dilakasankan serta hebahan mengenai kesihatan turut dijalankan kepada komuniti setempat melalui media massa dan group whatsapp komuniti sekitar NADI.
Aktiviti Sokongan :
LAIN – LAIN PROGRAM – KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
| Tarikh | 18 Jun 2025 |
| Masa | 09.30 – 12.30 Pagi |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 3 orang |
Tujuan Program :
Kursus Latihan Pengendalian Makanan – Peserta didedahkan kepada kebaikan mengikuti kursus latihan pengendalian makanan, dimana pengendali (usahawan) menjadi lebih peka terhadap kebersihan diri, peralatan, premis berada dalam keadaan bersih.
Aktiviti Sokongan :
LAIN – LAIN PROGRAM – KELAS ASAS MICROSOFT OFFICE
| Tarikh | 24 & 25 Jun 2025 |
| Masa | 09.30 – 12.30 Pagi |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 3 orang |
Tujuan Program :
Peserta dilatih untuk menggunakan semua fungsi asas yang terdapat dalam Microsoft Office Word dan Powerpoint bagi menghasilkan dokumen seperti yang diberikan. Serta memberi penerangan, melatih & membantu peserta mengunakan tools,formula & memasukkan julat ke dalam sel yang terdapat dalam perisian lembaran kerja (excel).
Sesi Latihan dibuat di hujung kelas bagi melihat tahap kefahaman peserta terhadap pengajaran yang telah diadakan.
Aktiviti Sokongan :