mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn.Atikah Binti Suhaimi

 USAHAWAN KECIL KUIH TAKIR

Nama : Atikah Binti Suhaimi

Umur : 28 Tahun

Ahli   : 2017


Latar Belakang

Puan Atikah Suhaimi usahawan kecil – kecilan di Dearah  Debak.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Puan Atikah merupakan surirumah tangga sepenuh masa dan beliau menjalankan perniagaan kecil – kecilan makanan seperti Kuih Takir secara direct selling dan juga menerima tempahan dari kawan – kawan melalui aplikasi whatsapp dan menerima tempahan dari Kampung Debak sahaja. Atas pemintaan ramai, puan atikah mula berfikir untuk kembangkan lagi perniagaan beliau ke sekitar Spaoh, Betong & Debak amnya.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau turut aktif dalam Persatuan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Risda. Beliau sering mengikuti kursus yang dijalankan oleh Petugas PEDi antaranya adalah Kursus Online Marketing,Kursus Keusahawanan dan Pengenalan kepada Aplikasi terbaru iaitu Dashboard Komuniti.Setelah mengikuti kursus, Puan Atikah telah menjadikan Facebook sebagai medium untuk mempromosi dan hal ini dapat membantu beliau kembangkan perniagaan beliau.

MEMBUAT PROMOSI DI FB

KURSUS KEUSAHAWANAN BERSAMA PWPK & PEDi KAMPUNG DEBAK

SESI FOTOGRAFI BERSAMA PWPK & PETUGAS PEDi KG BUNGEY

SESI FOTOGRAFI : PENGENALAN KEPADA APLIKASI DASHBOARD KOMUNITI