mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – PUAN AIYANG BINTI TONY

Nama   : Aiyang Binti Tony 
Umur  : 31 Tahun
Ahli  : Jun 2018

Latar Belakang

Puan Aiyang adalah seorang wanita yang sentiasa mencari peluang untuk berniaga atas talian

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDI

Beliau hanya menggunakan aplikasi Whatsapp dan kenalan sediada di Facebook untuk perkongsian sosial semata – mata

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDI

Selepas mengikuti kelas keusahawanan, dashboard komuniti banyak yang beliau pelajari dan mendapat tunjuk ajar dari petugas bagaimana menggunakan media sosial sebagai medium untuk pasarkan produk, dan kini dapat mengemaskini facebook untuk membuat promosi jualan setelah penggunaan facebook dapat membantu beliau dalam mencari pelanggan yang lebih ramai, beliau terus menggunakan medium tersebut untuk promosi jualan dan menjual pelbagai jenis makanan.Selain itu, puan aiyang juga gemar berkongsi perniagaan kawan – kawan yang lain untuk membantu meluaskan capain pembeli

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan / peningkatan tahap kemahiran ICT

Dengan adanya myshop pada apps dashboard, amat membantu peniaga seperti mengembangkan lagi perniagaan.Selain itu, PEDI berjaya membuka minda saya untuk menjadi lebih aktif dan kreatif dalam menghasilkan label produk. Selain daripada itu, pendedahan penggunaan facebook yang meluas dapat mengembangkan perniagaan beliau dan rakan – rakan

Apa yang dipelajari melalui PEDI

Pemasaran Atas Talian menggunakan aplikasi Myshop Dashboard di Smartphone selain melalui Facebook. Selain itu, mendapat ilmu tentang teknik pengambilan gambar produk supaya kelihatan lebih menarik. Mempelajari asas ICT yang boleh digunakan untuk menghalusi perniagaan