mcmc
Keselamatan

KESELAMATAN

POLIS

Balai polis Debak terletak di Pekan Debak ini strategik dan mudah untuk dikunjungi oleh penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan.

 

SUKARELAWAN BOMBA

Pihak JKKK telah mewujudkan sukarelawan bomba di Daerah ini dengan kerjasama pihak Bomba Betong untuk menjaga keselamatan penduduk daripada bencana kebakaran. Sukarelawan Bomba ini telah diluluskan dan mempunyai 33 orang ahli berdaftar.

 

RELA

Anggota RELA di Kampung ini juga sudah mencecah keahlian seramai 100 orang. Anggota RELA ini sentiasa terlibat dalam aktiviti kampung sebagai pengawas lalu lintas dan sebagainya.

 

JPAM

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Debak dikendalikan oleh unit yang berpusat di Daerah Spaoh. Mempunyai keahlian seramai 20 orang dari Daerah Debak dan masih bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan setempat.

 

SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)

SRS Ditubuhkan pada tahun 2013 dengan melibatkan Kampung Babu Hulu dan Bungey Hilir. Ahlinya terdiri daripada golongan 30an dan 40an. Mereka aktif dalam gotong-royong dan majlis perkahwinan sebagai bentara dan pengawal lalu lintas. Mereka juga menjadi sukarela memantau keadaan kampung pada waktu malam untuk menjaga keamanan kampung daripada kes-kes sosial seperti kecurian dan gejala lepak dikalangan remaja. SRS sudah mempunyai ahli seramai 67 orang dan sudah diinsuranskan.