Nama | : | Mohammad Taufiqillah Faiz Bin Yahya |
Umur | : | 12 Tahun |
Ahli | : | September 2018 |
Latar Belakang
Beliau merupakan salah seorang ahli terawal pi sejak penubuhan dan pi operasi.Ahli yang pernah berhadapan dengan masalah pencapaian interne yang sangat terhad dan kadang- kala pulang dengan perasaan hampa. Walaupun demikian, pengisian masa tanpa internet seperti kelas Microsoft telah menaikkan semangat beliau kembali untuk terus bersama dengan aktiviti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) .Kesan daripada itu, beliau rajin datang ke PEDi pada setiap Sabtu dan Ahad untuk mengikuti kelas ICT. Namun keadaan Pandemik dan disahkan sebagai pesakit covid dan kampung Bungey terlibat dengan PKPD pada tahun ini menyebabkan beliau jarang berkunjung ke PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Sebelum adanya kewujudan Pusat Ekonomi Digital (PEDI), beliau secara asalnya banyak meluangkan waktu bermain bersama – sama rakan beliau.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Faiz sentiasa meluangkan masa ke Pusat Ekonomi Digital (PEDI) untuk menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDI) untuk menambah pengetahuan dalam bidang ICT. Selain daripada itu, beliau turut mengikuti kelas ICT dan mengikuti program yang dianjurkan setiap tahun bersama – sama rakannya.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
Kelas Asas ICT, Bengkel Klik Dengan Bijak dan E-Tuisyen
Bagaimana PEDI membantu pengingkatan tahap kemahiran ICT
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sentiasa membimbing anak – anak sekitar PEDi dengan ilmu ICT yang sangat menyeronokkan.Selain itu, Kelas seperti Microsoft Office banyak dijalankan setiap minggu.
Gambar 1 : Antara kelas yang pernah dihadiri oleh Adik Mohammad Taufiqillah Faiz di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Bungey, Debak.