MENGIKUTI KELAS DAN PEMBELAJARAN ICT
Nama | : | Nur Batrisya Binti Halim |
Umur | : | 14 Tahun |
Ahli | : | 2014 |
Latar belakang
Nor Batrisya merupakan ahli terawal yang mendaftar sebagai ahli sejak penubuhan PEDI lagi pada usia 9 tahun. Pada mula kewujudan pi, rangkaian internet yang tidak memuaskan, beliau hanya mengkuti kelas dan pembelajaran ICT dan tidak lagi terdedah kepada layaran internet untuk bersosial. Pada 2019, beliau bergiat aktif kembali dengan PI untuk tuntutan wajib melaksanakan tugasan sekolah beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Sebelum penglibatan dengan PEDI, Batrsya hanya meluangkan masa dengan aktiviti harian seperti meluangkan masa bersama keluarga di kebun dan bersama rakan-rakan sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Selepas mendaftar ahli PEDI, saya mengikuti kelas dan kursus asas ICT yang dijalankan oleh pihak Pi secara mingguan kerana tiada akses internet yang memuaskan pada 2014.Saya mengikuti pembelajaran asas komputer, mengenal kelengkapan dan mengikuti hari bersama dan aktiviti yang dijalankan.Selain itu, saya kerap menyertai program yang dijalankan oleh pihak PEDi, seperti hari terbuka, pertandingan poster, Klik dengan Bijak dan pelbagai program pertandingan.