PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KAMPUNG BUNGEY
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Bungey dengan ini berbesar hati dan mengucapkan selamat datang ke portal maklumat kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan program kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama TM Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat dengan komuniti di bandar. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai titik permulaan bagi memperkenalkan rangkaian Internet seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan, peluang perniagaan online kepada masyarakat setempat dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) kepada komuniti luar bandar. Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang “celik IT” menjelang tahun 2020.