MAKANAN LAUT
IKAN BULU.
Ikan Bulu merupakan salah satu hasil laut yang dijadikan mata pencarian para nelayan di dearah kecil Debak, ikan ini paling banyak terdapat di sungai Saribas selain ikan lundu dan ikan belukang/catfish. Selain dari dijadikan ikan kering,ikan ini amat sedap dimasak singgang dan di pais menggunakan daun nipah atau daun kunyit.
IKAN LUMEK
Ikan ini lazimnya mendiami kawasan dasar sungai jika melihat kepada bentuk fizikalnya,ikan ini enak dimasak sup dan dijadikan juadah untuk minum petang seperti cucur.Ikan ini juga sering dijadikan ikan salai, dan ikan lumek kering merah pedas untuk dijual secara komersial kepada orang ramai.
KUIH TRADISIONAL.
KUIH TAKIR (KUIH PERAHU)
Kuih tradisional ini amat popular di kalangan Masyarakat Saribas amnya di dearah kecil Debak. Siapa yang tak kenal dengan kuih ni memang tak sah lah menjadi penduduk Daerah Kecil Debak.Kuih yang sangat terkenal dikalangan masyarakat kita tak kira di mana jua.Bukan sahaja di Daerah Kecil Debak.Malah di semua negeri Sarawak pun kenal nama kuih ni.Menggunakan bahan – bahan mudah seperti tepung beras, gula apong (gula melaka) dan daun daun nipah yang merupakan identiti tradisinya menampakkan keaslian nya yang sangar enak dinikmati.Penggunaan gula apong dari nira nipah menambahkan kelazatannya yang cair di mulut.
KUIH BAHULU
Kuih bahulu adalah kuih tradisional yang menjadi kepastian dalam hidangan sempena hari raya.Keadah penyediaan yang rumit menjadikan ianya bukan sembarang orang yang boleh menyediakannya. Bahulu yang kekal dalam keunikan aslinya dari segi rasa dengan citaras terkini yang lebih kotemporari dan ianya menjadikan kuih tradisi yang diminati generasi muda kerana di adun sesuai dengan citarasa mereka.Mempunyai rasa yang enak serasi dengan selera anak anda kerana disulam rasa dengan variasi rasa coklat dan keharuman hijau pandan dan mengekalkan keaslianya rasa dan hal ini menyebabkan hidangan ini sentiasa dicari dan di hidangan pada hari raya.
KUIH KELUPIS
Kuih kelupis merupakan kuih tradisi negeri Sarawak dan menjadi hidangan pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bahan utama untuk menghasilkan kuih kelupis adalah beras pulut.Ia seakan lepat pulut di semenanjung cuma bezanya lepat menggunakan beras pulut yang dicampur kelapa parut
KUIH SEPIT (KAPIT)
Kuih tradisi masyarakat cina yang digemari oleh semua lapisan bangsa kerana keenakkannya selain lemak dan ranggup.Kuih ini menjadi kuih tradisi yang dihidangkan pada setiap kali musim perayaan,dalam masjlis perkahwinan dan turun menjadi hidangan wajib kepada tetamu yang datang bertandang.Selain daripada itu,kuih ini terdapat pelbagai bentuk dari gulung,kon dan terdapat pelbagai variasi rasa.
KUIH CINA
Keunikan kuih cina ini di sarawak adalah orang yang membuatnya adalah masyarakat melayu dan melanau bukannya masyarakat cina. Kuih ini adalah biskut tradisional masyarakat melayu dan melanau yang sangat enak kerana kuih ini dihasilkan secara tradisional dan proses membakar masih menggunakan dapur kayu.Hidangan ini dihasilkan sejak turun- temurun oleh masyarakat melayu dan melanau.Kuih cina ini menjadi kuih tradisi yang dihidangkan pada setiap kali musim perayaan,dalam masjlis perkahwinan dan turun menjadi hidangan wajib kepada tetamu yang datang bertandang.