mcmc
Maklumat Setempat

PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA BELIA BAHAGIAN BETONG

 

 

Saratok, 18.8.2015

Satu program anjuran Pejabat Residen Bahagian Betong telah dijalankan di Dewan Masyarakat Sri Krian, Saratok khusus untuk mengetengahkan dunia kerjaya kepada belia-belia yang masih dibangku sekolah dalam lingkungan umur 17-20 tahun.

Program yang dihadiri oleh badan-badan kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kebangsaan dan ramai lagi.

Aktiviti ini juga dapat memperkenalkan kewujudan Pusat Internet  di sekitar kawasan tersebut kepada golongan sasaran. mereka didedahkan dengan maklumat mengenai perkhidmatan  yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia di seluruh negara.

Program ini melibatkan sebanyak 6 buah Pusat Internet 1Malaysia seperti PI1M KAMPUNG BUNGEY, PI KAMPUNG BARU HULU BETONG, PI KAMPUNG KALOK PUSA, PI FORT RENEE SARATOK, PI PEKAN ROBAN dan  PI KABONG.