mcmc
Maklumat Pi1M

MAKLUMAT NADI

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL – NADI KAMPUNG BUNGEY

         Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan program kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama TM Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat dengan komuniti di bandar. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai titik permulaan bagi memperkenalkan rangkaian Internet seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan, peluang perniagaan online kepada masyarakat setempat dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) kepada komuniti luar bandar. Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang “celik IT” menjelang tahun 2020.

Kementerian juga berhasrat menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti:

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Goverment),
  • e-Pembelajaran (e-Learning),
  • Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat,
  • Pusat Komunikasi,
  • Pusat Pembangunan Aplikasi

Maklumat Petugas
Pusat Sebaran Maklumat Nasional
NADI Kampung Bungey