mcmc
Maklumat Am

MAKLUMAT AM

CM ABG JO

KAMPUNG BUNGEY DEBAK

Daerah Debak merupakan salah satu daripada empat daerah kecil di Bahagian Betong. Selain Debak, terdapat Daerah Spaoh, Maludam dan Pusa. Kampung Bungey merupakan salah sebuah kampung kecil yang terdapat di daerah Debak. Debak mempunyai keluasan 292.15 kilometer persegi. Di Debak, terdapat beberapa penempatan Melayu yang menjadi sebahagian gugusan kelompok Melayu Saribas. Antaranya Debak sendiri yang terdiri dari Kampung Babu, Kampung Bungey, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut. Selain dari itu,Kampung Melayu Dit, Kampung Tuie dan Kampung Serabang juga merupakan penempatan Melayu Saribas di Debak.

Penduduk kampung Bungey bergiat aktif dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Terutamanya golongan wanita. Masyarakatnya aktif dalam pemprosesan makanan tradisoinal dan ada diantara mereka yang sudah bergelar usahawan. Mereka juga bergiat dalam sektor ekonomi seperti penanaman getah dan sawit yang terancang. Kebanyakkan mereka sudah berdaftar dibawah pertubuhan dan sektor kerajaan seperti KEMAS, RISDA, Pejabat Petanian, Mardi,MPOB dan IADA.

Populasi penduduk di Daerah Debak mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia berjumlah 10,276 orang. berikut pecahan populasi penduduk Daerah Debak mengikut bangsa:

BANGSA

PURATA

IBAN

5262

MELAYU

4447

CINA

401

BIDAYUH

33

MELANAU

12

INDIA

5

LAIN-LAIN   BUMIPUTERA

35

LAIN-LAIN   BUKAN BUMIPUTERA

11

BUKAN WARGANEGARA

70

 

AHLI POLITIK 

PREMIER NEGERI SARAWAK
 

Nama

Y.A.B Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji  Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg

Jawatan Dalam Kabinet  Negeri

Premier
Menteri Kewangan Dan Ekonomi Baru                        Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar
Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar

 

Dato-Amar-Douglas-Uggah-Emb 1
 
TIMBALAN PREMIER NEGERI SARAWAK
&
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
 

Nama

Y.B Datuk   Amar Douglas Uggah Embas

Jawatan Dalam Kabinet  Negeri

Timbalan Premier                                                              Menteri Kewangan Dan Ekonomi Baru II                          Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan

Parti

GPS

Parlimen

P 204

Nama Parlimen

Betong

Kod DUN

N.37

Nama DUN

Bukit Saban

 

P204 DR RICHARD RAPU 

AHLI PARLIMEN 
 

Nama

Y.B Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri

Jawatan Dalam Kabinet  Negeri

 Ahli Parlimen

Parti

GPS

Parlimen

P 204

Nama Parlimen

Betong

 

 

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI 

Nama

Y.B Datuk Ricky @ Mohammad Razi Bin Sitam

Jawatan  Dalam Kabinet Negeri 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Komuniti II

Negeri

Sarawak

Parti

GPS

Kod Parlimen

P 204

Nama Parlimen

Betong

Kod DUN

N35

Nama DUN

Saribas

(Sumber https://premier.sarawak.gov.my/)