NADI X KESEDARAN
| Tarikh | 19 & 21 Januari 2026 |
| Masa | 03.00 – 05.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 6 Orang |
Tujuan Program :
Memberi kesedaran dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan dalam membimbing anak-anak menggunakan teknologi dan internet secara selamat, beretika dan berhemah. Fokus diberikan kepada kawalan penggunaan gajet, keselamatan dalam talian, risiko buli siber, kandungan tidak sesuai serta kepentingan komunikasi terbuka antara ibu bapa dan anak dalam era digital.
Aktiviti Sokongan :
NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – JOM SIHAT BERSAMA NADI
| TARIKH | 3,6,8,9,11,17 & 20 Januari 2026 |
| MASA | 09.00 Pagi – 12.00 Pagi |
| LOKASI | NADI Kampung Bungey |
| PESERTA | 12 Orang |
Tujuan Program :
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:
- Saringan Tekanan Darah
- Saringan Gula Dalam Darah
- Body Mass Index (BMI)
Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda. Selain itu, webinar turut dilakasankan serta hebahan mengenai kesihatan turut dijalankan kepada komuniti setempat melalui media massa dan group whatsapp komuniti sekitar NADI.
Antara tajuk webinar yang dijalan adalah :
- Nak Glow Up,Asthetic Selamat Bukan Menyesal
- MLBB, Roblox,Genshen Nak Level Up Dalam Game Atau Dalam Hidup
- Kenapa Wanita Malaysia Masih Tak Buat Saringan
Aktiviti Sokongan :
NADI X INISIATIF KERAJAAN
| Tarikh | 3,6 & 12 Januari 2026 |
| Masa | 02.00 – 04.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 3 Orang |
Tujuan Program :
Petugas membuat sebaran kepada komuniti di sekitar Debak mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan Budi Madani kepada penduduk sekitar Debak
Aktiviti Sokongan :
NADI X KEUSAHAWANAN – KIDVENTURE
| Tarikh | 12, 24, 26 & 31 Januari 2026 |
| Masa | 10.00 – 12.00 Pagi |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 1Orang |
Program Entrepreneur Kidventure adalah satu program pembelajaran kreatif yang direka khusus untuk kanak-kanak bagi meneroka dunia keusahawanan melalui aktiviti yang menyeronokkan, interaktif, dan penuh cabaran positif. Program ini menggabungkan elemen pengembaraan dan ilmu perniagaan asas untuk melatih minda usahawan sejak usia muda.
Melalui pendekatan “belajar sambil buat”, peserta akan:
- Mempelajari kemahiran asas keusahawanan seperti perancangan, pemasaran, dan pengurusan wang.
- Mengasah kreativiti dan keyakinan diri dalam menghasilkan idea perniagaan.
- Mengalami sendiri proses menjual produk atau perkhidmatan dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.
Entrepreneur Kidventure bukan sekadar aktiviti hiburan, tetapi platform awal untuk membina mindset usahawan, memupuk nilai kerja , inovasi, dan daya tahan dalam menghadapi cabaran dari dini.
Aktiviti Sokongan :
NADI X KEUSAHAWANAN – PRENUAR & EMPOWERHER
| Tarikh | 11,13,15,22, 27 & 28 Januari 2026 |
| Masa | 10.00 – 12.00 Pagi |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan Program :
Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta, khususnya golongan lelaki, wanita dan belia, mengenai asas keusahawanan moden, cara membangunkan jenama perniagaan, serta penggunaan teknologi digital dalam pemasaran. Melalui program EmpowerHer, peserta wanita digalakkan untuk berani memulakan perniagaan sendiri, membina keyakinan diri, dan mengurus kewangan dengan lebih bijak.
Kelas ini juga memperkenalkan konsep “Preneur” yang berfikiran kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam dunia keusahawanan digital masa kini.
Antara program yang dijalankan adalah :
- Video Pra Latihan Cerita Bisnes Pak Abu & Apa Itu Bisnes Plan
- Video Pra Latihan Perancangan Kewangan Bussiness Establishment Modul 1
- Webinar 1 : Perancangan Perniagaan
- Webinar 2 : Perancangan Kewangan
- Podcast Brandstory & Storytelling
- Video Pasca Latihan 1 Perancangan Perniagaan Apa Selepas Bisnes Plan
- Video Pasca Latihan Perancangan Kewangan Dari Webinar Ke Tindakan
Aktiviti Sokongan :
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – DILEA
| Tarikh | 3 – 31 Januari 2026 |
| Masa | 03.00 – 04.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 4 Orang |
Tujuan Program :
Peserta yang terpilih mengikuti Kelas Bimbingan Akademik dan Program Khas Dilea bagi membantu pelajar
- Membina asas yang kukuh untuk masa depan
- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, dan kemahiran
- Serta memanfaatkan pelbagai teknik belajar
Antara Kelas Bimbingan Akademik yang diberikan kepada peserta adalah Bahasa Melayu, Bahasa English, Matematik,Sains dan Sejarah. Untuk Kelas Program Khas Dilea pula adalah seperti webinar berkala untuk setiap matapelajaran yang penting.
Aktiviti Sokongan :
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : MAHIR GAJET & MAHIR FOTO
| Tarikh | 09,14,20, 27 & 28 Januari 2026 |
| Masa | 10.00 – 11.00 Pagi |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan Program :
Program ini memberi pendedahan praktikal kepada peserta dalam pelbagai kemahiran penting merangkumi Mahir Jahit, Mahir Masak, Mahir Pertanian Pintar, Mahir Foto & Mahir Baiki Gajet . Peserta mempelajari teknik asas hingga lanjutan, penggunaan teknologi dengan lebih berkesan serta kaedah meningkatkan kualiti hasil dan potensi pendapatan. Keseluruhan kelas berjalan lancar dengan penglibatan aktif peserta dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan ke arah penjanaan ekonomi.
Aktiviti Sokongan :
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ESUKAN
| Tarikh | 10,16, 24 & 31 Januari 2026 |
| Masa | 02.30 – 03.00 Petang 09.00 – 1.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 6 Orang |
Tujuan Program :
Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran dalam esukan antaranya adalah seperti : –
- Kelas Kesedaran Pengenalan Esukan Daripada Hobi Kepada Program Kompetatif – Memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai e-sukan sebagai hobi yang boleh berkembang ke arah penyertaan secara kompetitif.
- Kelas Kesedaran Etika & Sikap Pemain Esukan – Memberi pendedahan kepada peserta mengenai etika, disiplin dan sikap positif sebagai pemain e-sukan.
- Kelas Kesedaran Realiti Dunia Esukan Tekanan Displin & Persepsi Masyarakat – Memberi pendedahan kepada peserta mengenai cabaran sebenar dalam dunia e-sukan termasuk tekanan, disiplin dan persepsi masyarakat.
- Webinar Esukan : Charater Design – pendedahan asas reka bentuk karakter dalam industri e-sukan.
Aktivit Sokongan :
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – CYBERSECURITY
| Tarikh | 22 Januari 2026 |
| Masa | 3.00 – 5.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan Program :
Antara tajuk yang dibincangkan bersama peserta bagi memberi pendedahan terus kepada peserta adalah seperti :
- Siri Cyber Hygiene Asas Keselamatan Siber – Memberi pendedahan asas mengenai amalan keselamatan siber dan perlindungan diri dalam talian.
Aktiviti Sokongan :
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (E-KELAS USAHAWAN)
| Tarikh | 20 & 22 Januari 2026 |
| Masa | 11.00 – 12.30 Tengahari |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan Program :
Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan didedahkan kepada :
- Mengukur & Mengurus Keberkesanan Pemasaran Digital – Memberi pendedahan tentang kaedah menilai dan mengurus prestasi pemasaran digital secara berkesan.
- Asas Komunikasi Visual – Asas Komunikasi Visual sangat penting dalam keusahawanan untuk menyampaikan mesej jenama dan produk dengan jelas serta menarik. Penggunaan visual yang konsisten membantu membina kepercayaan pelanggan, menguatkan identiti jenama dan meningkatkan daya saing perniagaan
Aktiviti Sokongan :
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT TINY TECHIES
| Tarikh | 31 Januari 2026 |
| Masa | 2.00 – 4.00 Petang |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 6 Orang |
Tujuan Program :
Tiny Techies adalah program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak sekolah rendah (biasanya umur 7–12 tahun) dalam bidang teknologi seperti robotik dan pengaturcaraan, serta membina asas kemahiran STEM yang penting seperti:
- Pemikiran logik dan menyelesaikan masalah
- Kemahiran kerjasama dan komunikasi berpasukan
- Kreativiti dan inovasi melalui projek hands-on
- Sesi Mengulangkaji Dan Unboxing Kit Tiny Techies
Aktivit Sokongan :
PROGRAM LAIN – LAIN : KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
| Tarikh | 17 Januari 2026 |
| Masa | 09.30 – 12.30 Pagi |
| Lokasi | NADI Kampung Bungey |
| Peserta | 6 orang |
Tujuan Program :
Kursus Latihan Pengendalian Makanan – Peserta didedahkan kepada kebaikan mengikuti kursus latihan pengendalian makanan, dimana pengendali (usahawan) menjadi lebih peka terhadap kebersihan diri, peralatan, premis berada dalam keadaan bersih.
Aktiviti Sokongan :