mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BAGI BULAN DISEMBER 2025

NADI X KESEDARAN 

Tarikh03 Disember 2025
Masa03.00 – 05.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta6 Orang

Tujuan Program :

Memberi kesedaran dan pendedahan kepada peserta mengenai bahaya buli siber dan penularan berita palsu dalam penggunaan media sosial dan internet.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – JOM SIHAT BERSAMA NADI

TARIKH1,2,7,12,16 2025
MASA09.00 Pagi
LOKASINADI Kampung Bungey
PESERTA11 Orang

Tujuan Program :

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:

  • Saringan Tekanan Darah
  • Saringan Gula Dalam Darah
  • Body Mass Index (BMI)

Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda. Selain itu, webinar turut dilakasankan serta hebahan mengenai kesihatan turut dijalankan kepada komuniti setempat melalui media massa dan group whatsapp komuniti sekitar NADI.

Antara tajuk webinar yang dijalan adalah :

  • Musim Bajir Datang Lagi Dah Sedia Hadap Ribut
  • Hati Sihat, Hidup Sejahter Kenali Tanda Awal Masalah Hati Dalam Wanita
  • Gen Z Generasi Tekanan Kepada Remaja Hari Ini Mudah Burnout

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X INISIATIF KERAJAAN

Tarikh01,10,17 & 24 November 2025
Masa02.00 – 04.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta4 Orang

Tujuan Program :

Petugas membuat sebaran kepada komuniti di sekitar Debak mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan Budi Madani kepada penduduk sekitar Debak

Aktiviti Sokongan :


NADI X KEUSAHAWANAN – KIDVENTURE

Tarikh6,8, 22 & 23 Disember 2025
Masa10.00 – 12.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta3 Orang

Program Entrepreneur Kidventure adalah satu program pembelajaran kreatif yang direka khusus untuk kanak-kanak bagi meneroka dunia keusahawanan melalui aktiviti yang menyeronokkan, interaktif, dan penuh cabaran positif. Program ini menggabungkan elemen pengembaraan dan ilmu perniagaan asas untuk melatih minda usahawan sejak usia muda.

Melalui pendekatan “belajar sambil buat”, peserta akan:

  • Mempelajari kemahiran asas keusahawanan seperti perancangan, pemasaran, dan pengurusan wang.
  • Mengasah kreativiti dan keyakinan diri dalam menghasilkan idea perniagaan.
  • Mengalami sendiri proses menjual produk atau perkhidmatan dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.

Entrepreneur Kidventure bukan sekadar aktiviti hiburan, tetapi platform awal untuk membina mindset usahawan, memupuk nilai kerja , inovasi, dan daya tahan dalam menghadapi cabaran dari dini.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X KEUSAHAWANAN – PRENUAR & EMPOWERHER

Tarikh11, 12, 15 & 17 Disember 2025
Masa10.00 – 12.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta6 Orang

Tujuan Program :

Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta, khususnya golongan lelaki, wanita dan belia, mengenai asas keusahawanan moden, cara membangunkan jenama perniagaan, serta penggunaan teknologi digital dalam pemasaran. Melalui program EmpowerHer, peserta wanita digalakkan untuk berani memulakan perniagaan sendiri, membina keyakinan diri, dan mengurus kewangan dengan lebih bijak.

Kelas ini juga memperkenalkan konsep “Preneur” yang berfikiran kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam dunia keusahawanan digital masa kini.

Antara program yang dijalankan adalah :

  • Webinar Pemasaran & Operasi Perniagaan
  • Podcast Tawaran Nilai Hebat, Pelanggan Pasti Terpikat
  • Podcast Ini Jenama Saya Tolong Jangan Ciplak
  • Tontonan Video Pra Latihan Pemasaran & Operasi Perniagaan

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – DILEA

Tarikh1,2,4,9,15,16,18 & 27 Disember 2025
Masa03.00 – 04.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta2 Orang

Tujuan Program :

Peserta yang terpilih mengikuti Kelas Bimbingan Akademik dan Program Khas Dilea bagi membantu pelajar

  • Membina asas yang kukuh untuk masa depan
  • Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, dan kemahiran
  • Serta memanfaatkan pelbagai teknik belajar

Antara Kelas Bimbingan Akademik yang diberikan kepada peserta adalah Bahasa Melayu, Bahasa English, Matematik,Sains dan Sejarah. Untuk Kelas Program Khas Dilea pula adalah seperti webinar berkala untuk setiap matapelajaran yang penting.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : RECAP MAHIR PERTANIAN PINTAR, MAHIR GAJET, MAHIR FOTO, MAHIR MASAK & MAHIR JAHIT

Tarikh 1,3, 5 & 19 Disember 2025
Masa10.00 – 11.00 Pagi
03.00 – 04.00 Petang
Lokasi NADI Kampung Bungey
Peserta 10 Orang

Tujuan Program :

Program ini memberi pendedahan praktikal kepada peserta dalam pelbagai kemahiran penting merangkumi Mahir Jahit, Mahir Masak, Mahir Pertanian Pintar, Mahir Foto & Mahir Baiki Gajet . Peserta mempelajari teknik asas hingga lanjutan, penggunaan teknologi dengan lebih berkesan serta kaedah meningkatkan kualiti hasil dan potensi pendapatan. Keseluruhan kelas berjalan lancar dengan penglibatan aktif peserta dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan ke arah penjanaan ekonomi.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ESUKAN

Tarikh7 & 22 Disember 2025
Masa02.30 – 03.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta5Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran dalam esukan antaranya adalah seperti : –

  • Kelas Kesedaran Panduan Kerjaya Dalam E-Sukan – Memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang dan laluan kerjaya dalam industri e-sukan. Peserta didedahkan dengan pelbagai peranan seperti pemain profesional, jurulatih, penganjur kejohanan, pengulas, pencipta kandungan serta pengurusan pasukan. Turut dikongsikan aspek kemahiran diperlukan, etika profesional, pengurusan masa, kepentingan pendidikan dan cabaran dalam industri e-sukan. Melalui kelas ini, peserta lebih memahami potensi e-sukan sebagai kerjaya masa depan yang berdaya saing dan berstruktur.
  • Taklimat E-Footbal – Memberi pendedahan kepada peserta mengenai sukan E-Football sebagai salah satu cabang e-sukan yang semakin berkembang. Peserta diperkenalkan kepada konsep asas permainan, peraturan pertandingan, format kejohanan serta etika dan disiplin sebagai pemain. Turut dibincangkan aspek kemahiran teknikal, strategi permainan, penggunaan peralatan yang sesuai serta peluang penyertaan dalam kejohanan di peringkat tempatan dan lebih tinggi. Melalui taklimat ini, peserta dapat memahami E-Football bukan sekadar permainan, malah berpotensi sebagai aktiviti berdaya saing dan laluan kerjaya dalam industri e-sukan.
  • Kelas Kesedaran Perkembangan Dunia E-Sukan – Memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan pesat industri e-sukan di peringkat tempatan dan global. Peserta didedahkan dengan sejarah, trend semasa, jenis permainan popular serta ekosistem e-sukan yang merangkumi pemain, pasukan, penganjur, penaja dan platform digital. Turut dibincangkan peluang kerjaya, potensi ekonomi, kepentingan kemahiran digital serta etika dan disiplin dalam e-sukan. Melalui kelas ini, peserta lebih memahami e-sukan sebagai satu industri profesional yang berstruktur dan berpotensi besar pada masa hadapan.

Aktivit Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – CYBERSECURITY

Tarikh4 & 18 Disember 2025
Masa3.00 – 5.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta2 Orang

Tujuan Program :

Antara tajuk yang dibincangkan bersama peserta bagi memberi pendedahan terus kepada peserta adalah seperti :

  • Risiko Kamera Tersembunyi Slot 1 & Slot 2 – Memberi pendedahan tentang risiko privasi berkaitan kamera tersembunyi dan cara melindungi diri daripada pengintipan digital. Peserta mempelajari kaedah pengesanan kamera tersembunyi, langkah pencegahan, serta amalan keselamatan siber yang boleh diamalkan di rumah, pejabat dan ruang awam.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


PROGRAM CUTI SEKOLAH @ NADI

Tarikh23,25,26 & 27 November 2025
Masa3.00 – 5.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta23 Orang

Tujuan Program :

Program Cuti Sekolah @ NADI dilaksanakan untuk mengisi masa cuti sekolah para peserta dengan aktiviti berfaedah dan berinformasi. Peserta terlibat dalam aktiviti literasi digital, ICT, keselamatan siber, kelas keusahawanan cilik, keselamatan internet dan siber. Program dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran digital, sahsiah dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini