mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BAGI BULAN NOVEMBER 2025

NADI X KESEDARAN 

Tarikh17 November 2025
Masa03.00 – 05.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta6 Orang

Tujuan Program :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang mengenali laman web berbahaya dan pendedahan mengenali pengantunan siber.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – JOM SIHAT BERSAMA NADI

TARIKH04,11,15,18,19 & 21 November 2025
MASA09.00 Pagi
LOKASINADI Kampung Bungey
PESERTA27 ORANG

Tujuan Program :

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:

  • Saringan Tekanan Darah
  • Saringan Gula Dalam Darah
  • Body Mass Index (BMI)

Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda. Selain itu, webinar turut dilakasankan serta hebahan mengenai kesihatan turut dijalankan kepada komuniti setempat melalui media massa dan group whatsapp komuniti sekitar NADI.

Antara tajuk webinar yang dijalan adalah :

  • Kencing Manis Bukan Akibat Makan Manis Saja
  • Pembedahan Bariatrik
  • Mitos Vaksin Yang Ramai Percaya.Sampai Bila Nak Takut?

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X INISIATIF KERAJAAN

Tarikh01,10,17 & 24 November 2025
Masa02.00 – 04.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta4 Orang

Tujuan Program :

Petugas membuat sebaran kepada komuniti di sekitar Debak mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan Budi Madani kepada penduduk sekitar Debak

Aktiviti Sokongan :


NADI X KEUSAHAWANAN – KIDVENTURE

Tarikh15, 17 & 28 November 2025
Masa10.00 – 12.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta3 Orang

Program Entrepreneur Kidventure adalah satu program pembelajaran kreatif yang direka khusus untuk kanak-kanak bagi meneroka dunia keusahawanan melalui aktiviti yang menyeronokkan, interaktif, dan penuh cabaran positif. Program ini menggabungkan elemen pengembaraan dan ilmu perniagaan asas untuk melatih minda usahawan sejak usia muda.

Melalui pendekatan “belajar sambil buat”, peserta akan:

  • Mempelajari kemahiran asas keusahawanan seperti perancangan, pemasaran, dan pengurusan wang.
  • Mengasah kreativiti dan keyakinan diri dalam menghasilkan idea perniagaan.
  • Mengalami sendiri proses menjual produk atau perkhidmatan dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.

Entrepreneur Kidventure bukan sekadar aktiviti hiburan, tetapi platform awal untuk membina mindset usahawan, memupuk nilai kerja , inovasi, dan daya tahan dalam menghadapi cabaran dari dini.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X KEUSAHAWANAN – PRENUAR & EMPOWERHER

Tarikh13, 18 November 2025
Masa10.00 – 12.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta5 Orang

Tujuan Program :

Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta, khususnya golongan lelaki, wanita dan belia, mengenai asas keusahawanan moden, cara membangunkan jenama perniagaan, serta penggunaan teknologi digital dalam pemasaran. Melalui program EmpowerHer, peserta wanita digalakkan untuk berani memulakan perniagaan sendiri, membina keyakinan diri, dan mengurus kewangan dengan lebih bijak.

Kelas ini juga memperkenalkan konsep “Preneur” yang berfikiran kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam dunia keusahawanan digital masa kini.

Antara program yang dijalankan adalah :

  • Webinar Pengurusan & Perancangan Perniagaan
  • Pekerja Power Syarikat Super
  • Podcast Kekal Relevan Perniagaan Kalis Peluru

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (E-KELAS USAHAWAN)

Tarikh04,06 & 20 November2025
Masa11.00 – 12.30 Tengahari
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta3 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan didedahkan kepada :

  • Mengukur & Mengurus Keberkesanan Pemasaran Digital – Pemasaran digital yang berkesan bergantung kepada pengukuran prestasi berdasarkan data, bukan sekadar jumlah tontonan atau “likes”. Dengan menetapkan objektif yang jelas, menggunakan KPI yang sesuai dan menganalisis data secara konsisten, organisasi dapat menilai keberkesanan kempen, mengoptimumkan strategi dan memaksimumkan pulangan pelaburan. Pemasaran digital perlu dirancang, diukur dan ditambah baik secara berterusan untuk mencapai hasil terbaik.
  • AI Untuk Mencipta Kandungan – AI untuk mencipta kandungan dalam perniagaan adalah bertujuan untuk menjimatkan masa, mengurangkan kos, mengekalkan jenama, meningkatkan kreativiti, pemasaran, optimum prestasi, dan perniagaan berjalan dengan lancar.
  • Asas Komunikasi Visual – Asas Komunikasi Visual sangat penting dalam keusahawanan untuk menyampaikan mesej jenama dan produk dengan jelas serta menarik. Penggunaan visual yang konsisten membantu membina kepercayaan pelanggan, menguatkan identiti jenama dan meningkatkan daya saing perniagaan

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – DILEA

Tarikh03,04,06,08,10,17,18,20,22,24,27 & 29 November 2025
Masa03.00 – 04.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta12 Orang

Tujuan Program :

Peserta yang terpilih mengikuti Kelas Bimbingan Akademik dan Program Khas Dilea bagi membantu pelajar

  • Membina asas yang kukuh untuk masa depan
  • Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, dan kemahiran
  • Serta memanfaatkan pelbagai teknik belajar

Antara Kelas Bimbingan Akademik yang diberikan kepada peserta adalah Bahasa Melayu, Bahasa English, Matematik,Sains dan Sejarah. Untuk Kelas Program Khas Dilea pula adalah seperti webinar berkala untuk setiap matapelajaran yang penting.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT TINY TECHIES

Tarikh08 & 22 November 2025
Masa10.00 – 11.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta5 Orang

Tujuan Program :

Tiny Techies adalah program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak sekolah rendah (biasanya umur 7–12 tahun) dalam bidang teknologi seperti robotik dan pengaturcaraan, serta membina asas kemahiran STEM yang penting seperti:

  • Pemikiran logik dan menyelesaikan masalah
  • Kemahiran kerjasama dan komunikasi berpasukan
  • Kreativiti dan inovasi melalui projek hands-on
  • Sesi Mengulangkaji Dan Unboxing Kit Tiny Techies

Aktivit Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR JAHIT

Tarikh14,21 & 28 November 2025
Masa3.00 – 4.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta2 Orang

Tujuan Program :

  • Mendraf Pola Kain Duyung & Mengunting Fabrik Kurung Moden : Peserta didedahkan cara membuat dan mendraf baju kurung moden di kertas dan membuat amali sendiri di NADI ataupun dirumah
  • Sesi Menjahit Baju Kurung Moden 
  • Mendraf Pola & Mengunting Tudung 2 Lapis : Peserta didedahkan cara membuat dan mendraf baju tudung 2 lapis di kertas, membuat amali sendiri di NADI ataupun dirumah

Aktiviti Sokongan :


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR MASAK

Tarikh14,21 & 28 November 2025
Masa3.00 – 4.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta1 Orang

Tujuan Program :

  • Pembuatan Western – Peserta didedahkan dengan cara pembuatan western peserta membuat secara lansung di NADI @ rumah.
  • Pembuatan Burger – Peserta didedahkan dengan cara pembuatan burger , peserta membuat secara lansung di NADI @ rumah.

Aktiviti Sokongan :


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR PERTANIAN PINTAR

Tarikh12,19 & 26 November 2025
Masa09.30 – 11.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta1 Orang

Tujuan Program :

  • Pengurusan Ladang & Sistem Sokongan Pertanian – Memberi pendedahan tentang pengurusan ladang yang sistematik melalui perancangan, rekod operasi dan penggunaan teknologi pintar, serta kepentingan sistem sokongan perniagaan seperti kewangan, pemasaran dan rantaian bekalan. Peserta memahami bagaimana integrasi pengurusan yang cekap dan sokongan perniagaan yang kukuh dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, dan memastikan kelestarian serta keuntungan ladang.
  • Penulisan Cadangan Projek Tanaman Pertanian – Membantu peserta memahami cara menulis cadangan projek tanaman yang jelas, tersusun dan berdaya maju, merangkumi objektif, perancangan, kos, teknologi pintar dan potensi keuntungan bagi memastikan projek boleh dilaksanakan dengan berkesan
  • Rancangan Perniagaan – Memberi kefahaman tentang penyediaan rancangan perniagaan pertanian yang lengkap dan praktikal, meliputi analisis pasaran, perancangan operasi, kewangan serta penggunaan teknologi pintar bagi memastikan kelangsungan dan keuntungan projek.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR BAIKI GAJET

Tarikh14,21 & 28 November 2025
Masa3.00 – 4.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta1 Orang

Tujuan Program :

  • RAM, SSD, LCD, CMOS Komponen Komputer – Memberi pemahaman asas tentang fungsi dan kepentingan komponen utama komputer seperti RAM, SSD, LCD dan CMOS, membantu peserta mengenal pasti peranan setiap komponen dalam prestasi, penyimpanan, paparan dan sistem komputer secara keseluruhan.
  • Pemilihan Komputer – Membimbing peserta memilih komputer yang sesuai berdasarkan keperluan penggunaan, spesifikasi, bajet dan prestasi supaya pembelian lebih tepat, berbaloi dan tahan lama.
  • Ujian Keterusan – Memberi pendedahan tentang ujian keterusan untuk mengesan sambungan litar yang baik atau rosak, membantu peserta memahami asas pengujian perkakasan dengan lebih tepat dan selamat

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR FOTO

Tarikh10, 17 & 24 November 2025
Masa3.00 – 4.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta2 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan kepada :

  • Content Creator – membantu peserta memahami asas penggunaan foto untuk menghasilkan visual yang menarik, kemas dan konsisten, sekaligus menyokong penghasilan kandungan kreatif yang lebih profesional dan berkesan.
  • Content Creator Asas Penciptaan Kandungan Hook Niche – Memberi panduan asas penciptaan kandungan, termasuk mengenal pasti niche, membina hook menarik, dan menggunakan visual yang kreatif untuk menarik perhatian audiens secara efektif
  • Content Creator Asas Penciptaan Kandungan SEO, Creator Checklist, Idea & Hook – Membimbing peserta dalam penciptaan kandungan digital yang berkesan melalui asas SEO, penggunaan creator checklist, dan penghasilan idea serta hook yang menarik untuk meningkatkan capaian dan interaksi audiens.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ESUKAN

Tarikh01, 08, 15 & 29 November 2025
Masa02.30 – 03.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta14 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran dalam esukan antaranya adalah seperti : –

  • Pertandingan MLBB Peringkat NADI – memberi peluang kepada peserta untuk menyertai pertandingan Mobile Legends peringkat NADI, dengan tujuan menilai dan memilih pasukan terbaik yang akan mewakili ke peringkat negeri.
  • Kelas Kesedaran Hakcipta & Intelek Dalam Esukan – Menekankan kepentingan memahami hak cipta dan harta intelek dalam e-sukan, termasuk perlindungan karya digital, penggunaan kandungan dengan sah, dan tanggungjawab pemain serta pasukan bagi mengelak pelanggaran undang-undang.
  • Kelas Kesedaran Strategi Media Sosial & Imej Diri – Menekankan kepentingan strategi media sosial dan pengurusan imej diri bagi pemain e-sukan, termasuk cara membina reputasi positif, menarik penaja, dan mengekalkan kredibiliti dalam komuniti digital.
  • Webinar Basic Storyboarding – Memperkenalkan peserta kepada asas storyboarding untuk e-sukan, termasuk perancangan visual, penyusunan cerita dan penghasilan kandungan yang teratur bagi menyampaikan aksi dan strategi permainan dengan lebih jelas dan menarik.

Aktivit Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – CYBERSECURITY

Tarikh06 & 20 November 2025
Masa3.00 – 5.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta4 Orang

Tujuan Program :

Antara tajuk yang dibincangkan bersama peserta bagi memberi pendedahan terus kepada peserta adalah seperti :

  • Permulaan di Universiti Masa Depan di Siber Securiti – Memperkenalkan asas keselamatan siber kepada pelajar universiti, termasuk ancaman siber, keselamatan rangkaian, dan etika digital. Ia menekankan kepentingan literasi siber dan kesiapsiagaan untuk menghadapi cabaran digital masa depan.
  • Risiko Siber Dalam Dunia AI – Membincangkan risiko keselamatan siber yang timbul daripada penggunaan teknologi AI, termasuk serangan automatik, manipulasi data, dan kerentanan sistem. Peserta didedahkan kepada strategi mitigasi, etika digital, dan kepentingan memantau keselamatan AI bagi memastikan perlindungan maklumat dan sistem.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini