mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BAGI BULAN OKTOBER 2025

NADI X KESEDARAN 

Tarikh 15 Oktober 2025
Masa 03.00 – 05.00 Petang
Lokasi NADI Kampung Bungey
Peserta 6 Orang

Tujuan Program :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara melindungi data peribadi dan mengenali buli siber. Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – JOM SIHAT BERSAMA NADI

TARIKH01,02,04,07,17,21 Oktober 2025
MASA09.00 Pagi
LOKASINADI Kampung Bungey
PESERTA21 ORANG

Tujuan Program :

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:

  • Saringan Tekanan Darah
  • Saringan Gula Dalam Darah
  • Body Mass Index (BMI)

Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda. Selain itu, webinar turut dilakasankan serta hebahan mengenai kesihatan turut dijalankan kepada komuniti setempat melalui media massa dan group whatsapp komuniti sekitar NADI.

Antara tajuk webinar yang dijalan adalah :

  1. Darah Tinggi Meletup Dalam Otak
  2. Hamil & Tekanan Darah Tinggi Apa Perlu Buat Sebelum Terlambat
  3. Gut Health Kunci Badan Sihat, Tapi Ramai Tak Jaga Sampai Sakit
  4. Osteoartritis Bukan Masalah Warga Emas Sahaja Golongan Muda Pun Kena

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X INISIATIF KERAJAAN

Tarikh03, 06 & 13 Oktober 2025
Masa02.00 – 04.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta3 Orang

Tujuan Program :

Petugas membuat sebaran kepada komuniti di sekitar Debak mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Pendaftaran MyDigital ID dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Program Keselamatan Internet di Sekolah.

Aktiviti Sokongan :


NADI X KEUSAHAWANAN – KIDVENTURE

Tarikh 11,13 & 25 Oktober 2025
Masa10.00 – 12.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta3 Orang

Program Entrepreneur Kidventure adalah satu program pembelajaran kreatif yang direka khusus untuk kanak-kanak bagi meneroka dunia keusahawanan melalui aktiviti yang menyeronokkan, interaktif, dan penuh cabaran positif. Program ini menggabungkan elemen pengembaraan dan ilmu perniagaan asas untuk melatih minda usahawan sejak usia muda.

Melalui pendekatan “belajar sambil buat”, peserta akan:

  • Mempelajari kemahiran asas keusahawanan seperti perancangan, pemasaran, dan pengurusan wang.
  • Mengasah kreativiti dan keyakinan diri dalam menghasilkan idea perniagaan.
  • Mengalami sendiri proses menjual produk atau perkhidmatan dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.

Entrepreneur Kidventure bukan sekadar aktiviti hiburan, tetapi platform awal untuk membina mindset usahawan, memupuk nilai kerja , inovasi, dan daya tahan dalam menghadapi cabaran dari dini.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X KEUSAHAWANAN – PRENUAR & EMPOWERHER

Tarikh16, 21, & 28 Oktober 2025
Masa10.00 – 12.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta5 Orang

Tujuan Program :

Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta, khususnya golongan lelaki, wanita dan belia, mengenai asas keusahawanan moden, cara membangunkan jenama perniagaan, serta penggunaan teknologi digital dalam pemasaran. Melalui program EmpowerHer, peserta wanita digalakkan untuk berani memulakan perniagaan sendiri, membina keyakinan diri, dan mengurus kewangan dengan lebih bijak.

Kelas ini juga memperkenalkan konsep “Preneur” yang berfikiran kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam dunia keusahawanan digital masa kini.

Antara program yang dijalankan adalah :

  • Webinar 2 & Video Pra Latihan Pemasaran & Operasi Perniagaan
  • Dalam Kalam Kejayaan
  • Teknologi Dalam Dunia Usahawan Peluang & Cabaran
  • Slot 4 : Cukai Tak Menakutkan
  • Slot 5 : Jenama Ini Milik Aku Asas Cap Dagangan

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (E-KELAS USAHAWAN)

Tarikh07, 09, 21 & 23 Oktober 2025
Masa11.00 – 12.30 Tengahari
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta4 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan didedahkan kepada :

  • Mengukur & Mengurus Keberkesanan Pemasaran Digital – Pemasaran digital yang berkesan bergantung kepada pengukuran prestasi berdasarkan data, bukan sekadar jumlah tontonan atau “likes”. Dengan menetapkan objektif yang jelas, menggunakan KPI yang sesuai dan menganalisis data secara konsisten, organisasi dapat menilai keberkesanan kempen, mengoptimumkan strategi dan memaksimumkan pulangan pelaburan. Pemasaran digital perlu dirancang, diukur dan ditambah baik secara berterusan untuk mencapai hasil terbaik.
  • Strategi Pemasaran Digital – Ia melibatkan penggunaan pelbagai strategi, platform, dan teknologi digital untuk memperluaskan jangkauan dan meningkatkan awareness perniagaan secara online. Dengan perubahan trend perniagaan yang semakin melonjak ke arah digital, pemasaran digital bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penjualan, tetapi juga dalam membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan.
  • AI Untuk Mencipta Kandungan – AI untuk mencipta kandungan dalam perniagaan adalah bertujuan untuk menjimatkan masa, mengurangkan kos, mengekalkan jenama, meningkatkan kreativiti, pemasaran, optimum prestasi, dan perniagaan berjalan dengan lancar.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – DILEA

Tarikh04,06,07,09,13,21,23,25 & 30 Oktober 2025
Masa03.00 – 04.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta13 Orang

Tujuan Program :

Peserta yang terpilih mengikuti Kelas Bimbingan Akademik dan Program Khas Dilea bagi membantu pelajar

  • Membina asas yang kukuh untuk masa depan
  • Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, dan kemahiran
  • Serta memanfaatkan pelbagai teknik belajar

Antara Kelas Bimbingan Akademik yang diberikan kepada peserta adalah Bahasa Melayu, Bahasa English, Matematik dan Sejarah. Untuk Kelas Program Khas Dilea pula adalah seperti webinar berkala untuk setiap matapelajaran yang penting.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT TINY TECHIES

Tarikh12 & 18 Oktober 2025
Masa10.00 – 11.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta4 Orang

Tujuan Program :

Tiny Techies adalah program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak sekolah rendah (biasanya umur 7–12 tahun) dalam bidang teknologi seperti robotik dan pengaturcaraan, serta membina asas kemahiran STEM yang penting seperti:

  • Pemikiran logik dan menyelesaikan masalah
  • Kemahiran kerjasama dan komunikasi berpasukan
  • Kreativiti dan inovasi melalui projek hands-on
  • Sesi Mengulangkaji Dan Unboxing Kit Tiny Techies

Aktivit Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR JAHIT

Tarikh02 & 31 Oktober 2025
Masa3.00 – 4.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta2 Orang

Tujuan Program :

  • Menggunting Kurung Pesak : Peserta didedahkan cara menggunting kurung pesak gantung dan membuat amali sendiri di NADI ataupun dirumah
  • Mendraf Pola Baju Kurung Moden : Peserta didedahkan cara membuat dan mendraf baju kurung moden di kertas dan membuat amali sendiri di NADI ataupun dirumah

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR MASAK

Tarikh07 & 30 Oktober 2025
Masa3.00 – 4.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta2 Orang

Tujuan Program :

  • Pembuatan Banana Pudding & Haemul Pajeon – Peserta didedahkan dengan cara pembuatan Banana Pudding dan Haemul Pajeon peserta membuat secara lansung di NADI @ rumah.
  • Pembuatan Popia Big MAC – Peserta didedahkan dengan cara pembuatan popia Big MAC , peserta membuat secara lansung di NADI @ rumah.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR PERTANIAN PINTAR

Tarikh01,15 & 29 Oktober 2025
Masa09.30 – 11.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta1 Orang

Tujuan Program :

  • Kepeluan Baja – Pemahaman tentang keperluan baja dalam kelas pertanian membantu peserta mengetahui jenis dan fungsi baja, cara penggunaan yang betul serta jumlah yang sesuai untuk tanaman. Ini membolehkan peserta meningkatkan hasil tanaman, menjimatkan kos dan mengelakkan pembaziran serta pencemaran.
  • Keperluan Asas Tanaman & Pembajaan – Membantu peserta memahami faktor penting seperti tanah, air, cahaya, nutrien serta teknik pembajaan yang tepat untuk menyokong pertumbuhan tanaman secara efisien. Melalui pengetahuan ini, peserta belajar memilih baja yang sesuai, menggunakan kuantiti yang betul, serta memantau keperluan nutrien menggunakan teknologi pertanian pintar. Hasilnya, peserta mampu meningkatkan hasil tanaman dengan kos rendah, mengurangkan pembaziran, dan mengurus pertanian secara lebih sistematik dan berteknologi.
  • Teknologi Lepas Tuai & Pembungkusan – Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengendalikan hasil tanaman selepas dituai menggunakan kaedah moden bagi mengekalkan kualiti, kesegaran dan nilai pasaran. Peserta belajar teknik pemilihan, pembersihan, penggredan, penyimpanan, kawalan suhu serta penggunaan bahan pembungkusan yang sesuai dan mesra alam. Dengan penggunaan teknologi pintar seperti sensor suhu, sistem penjejakan dan pembungkusan inovatif, hasil tanaman dapat dipelihara lebih lama, mengurangkan kerugian, serta meningkatkan keuntungan dan daya saing produk di pasaran.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR BAIKI GAJET

Tarikh02 & 31 Oktober 2025
Masa3.00 – 4.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta2 Orang

Tujuan Program :

  • Kuiz Dan Asas Komputer – Peserta diberi pendedahan dan memahami asas komputer dan komponen gajet bagi membantu mengenal pasti masalah dengan lebih cepat dan menyelesaikannya dengan selamat. Pengetahuan ini penting bagi sesiapa yang ingin membaiki gajet sendiri atau membantu orang lain, serta mengelakkan kerosakan lebih serius.
  • Pengenalan Operating System & Window Software -Peserta akan memahami asas komponen komputer dan gajet serta fungsi Operating System (OS) dan perisian Windows. Mereka dapat mengenal pasti masalah biasa seperti laptop perlahan, PC tidak hidup, telefon panas, dan skrin pecah beserta puncanya, selain mempraktikkan kemahiran asas seperti cabut-pasang RAM, memeriksa motherboard, dan menggunakan alat diagnostik Windows. Selain itu, peserta sedar tentang kepentingan keselamatan semasa membaiki gajet dan memperoleh keyakinan untuk menyelenggara dan menyelesaikan masalah gajet ringan secara sendiri.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR FOTO

Tarikh06,15 & 27 Oktober 2025
Masa3.00 – 4.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta2 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan kepada :

  • Pengenalan Kepada Videografi – Peserta dapat memanfaatkan asas komposisi, pencahayaan, dan teknik kamera mereka untuk videografi, sambil mempelajari aspek tambahan seperti pergerakan kamera, frame rate, audio, dan storytelling. Dengan memahami gabungan unsur visual dan audio, peserta dapat menghasilkan video yang menarik dan bercerita secara efektif, mengubah kemahiran foto statik mereka menjadi karya visual bergerak yang lebih dinamik.
  • Teknik Video Shot & Penghasilan Video Menggunakan Smartphone – Peserta memahami pelbagai teknik video shot seperti close-up, wide shot, tracking, dan panning, serta bagaimana setiap teknik menyampaikan mood dan cerita dalam video. Mereka juga mempelajari cara menghasilkan video berkualiti menggunakan smartphone, termasuk pencahayaan, stabilisasi, frame rate, dan audio, menjadikan mereka mampu menghasilkan video kreatif dan profesional tanpa memerlukan peralatan mahal.
  • Pasca Penerbitan,Format Editing & Langkah Pasca Penerbitan – Peserta memahami proses pasca penerbitan termasuk penyuntingan video, pemilihan format yang sesuai, dan langkah-langkah akhir sebelum berkongsi atau menyiarkan video. Mereka dapat mengaplikasikan teknik editing untuk memperbaiki visual, audio, dan aliran cerita, serta memilih format output yang sesuai untuk platform berbeza, menjadikan hasil video lebih profesional, menarik, dan sedia ditayangkan kepada penonton.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ESUKAN

Tarikh04, 12 & 25 Oktober 2025
Masa02.30 – 03.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta14 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran dalam esukan antaranya adalah seperti : –

  • Kelas Kesedaran Fizikal dan Pemulihan – Peserta sedar tentang kepentingan kesihatan fizikal, senaman regangan, dan pemulihan tubuh bagi menyokong prestasi e-sukan. Mereka memahami cara mengurangkan risiko kecederaan, meningkatkan stamina, dan menjaga postur semasa bermain. Dengan amalan pemulihan yang betul, peserta dapat mengekalkan fokus, meningkatkan daya tahan mental dan fizikal, serta memastikan prestasi permainan lebih konsisten dan optimum.
  • Kelas Kesedaran Anti Dopping Dan Bahan Terlarang – Peserta memahami kepentingan mengelak penggunaan bahan terlarang dan doping dalam e-sukan bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental terjaga serta persaingan yang adil. Mereka sedar tentang risiko kesihatan, implikasi peraturan, dan reputasi diri jika terlibat dengan bahan terlarang. Kesedaran ini membantu peserta mengamalkan gaya hidup sihat, mematuhi peraturan pertandingan, dan mengekalkan integriti serta prestasi optimum dalam e-sukan.
  • Webinar Basic Scripwrinting For Animation – Memberi pendedahan kepada peserta e-sukan tentang asas penulisan skrip (scriptwriting) dalam bidang animasi digital, khususnya bagaimana kemahiran menulis jalan cerita dan dialog dapat diaplikasikan dalam pembangunan kandungan kreatif berkaitan e-sukan. Peserta didedahkan kepada teknik asas menghasilkan naratif, watak, dan struktur cerita yang menarik untuk digunakan dalam animasi, video promosi, atau siaran kandungan e-sukan.

Aktivit Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – CYBERSECURITY

Tarikh10 & 24 Oktober 2025
Masa3.00 – 5.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta7 Orang

Tujuan Program :

Antara tajuk yang dibincangkan bersama peserta bagi memberi pendedahan terus kepada peserta adalah seperti :

ANCAMAN SIBER TEMPAT AWAM SLOT 1 & SLOT 2 – Peserta kini sedar tentang pelbagai ancaman siber yang boleh berlaku di tempat awam, termasuk Wi-Fi awam yang tidak selamat, serangan phishing, dan pencurian data peribadi. Mereka memahami langkah pencegahan seperti menggunakan VPN, mengelakkan log masuk ke akaun penting melalui rangkaian awam, dan memantau keselamatan peranti. Kesedaran ini membantu peserta melindungi data, mengurangkan risiko serangan siber, dan mengamalkan keselamatan digital yang berkesan semasa berada di tempat awam.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


LAIN – LAIN PROGRAM : BERSAMA KOMUNITI MADANI

Tarikh04 Oktober 2025
Masa02.00 – 03.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta7 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan cara menghasilkan video pendek yang menarik menggunakan CapCut, termasuk teknik suntingan asas seperti memotong klip, menambah teks, muzik, dan efek visual. Mereka dapat mengaplikasikan kreativiti untuk menyusun klip secara berkesan, menghasilkan naratif yang jelas, dan menyiapkan video yang profesional walaupun hanya menggunakan smartphone, menjadikan mereka lebih yakin dalam penghasilan kandungan digital.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini