mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BAGI BULAN MAC 2025

NADI X KESEDARAN SAFE & SHIELD

Tarikh16 & 21 Mac 2025
Masa09.00 – 10.00 Pagi
02.30 – 03.30 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta6 Orang

Tujuan Program :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengantunan dalam talian dan juga mencungkil bakat kanak – kanak dalam mereka poster digital dan memberi kesedaran kepada kanak – kanak tentang kesan dan bahayanya buli siber.

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – DILEA

Tarikh15 & 22 Mac 2025
Masa02.30 – 04.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta10 Orang

Tujuan Program :

Peserta yang terpilih mengikuti Kelas Bimbingan Akademik dan Program Khas Dilea bagi membantu pelajar 

  • Membina asas yang kukuk untuk masa depan
  • Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, dan kemahiran 
  • Serta memanfaatkan pelbagai teknik belajar

Antara Kelas Bimbingan Akademik yang diberikan kepada peserta adalah Bahasa Melayu, Bahasa English, Matematik dan Sejarah. Untuk Kelas Program Khas Dilea pula adalah seperti webinar berkala Bahasa Melayu dan Bahasa English

Aktiviti Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR PERTANIAN PINTAR

Tarikh1, 15 & 22 Mac 2025
Masa11.00 – 12.00 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta6 Orang

Tujuan Program :

  • Peserta akan diberi sedikit penerangan dan pengenalan asas keperluan baja, keperluan asas tanaman dan pembajaan.Selain itu, pelajar turut mempelajari mengenai serangga perosak.
  • Peserta akan mengikuti kelas NADI LongLife Mahir Pertanian Pintar melalui sistem MTS.

Aktivit Sokongan :


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR JAHIT

Tarikh1, 8 & 15 Mac 2025
Masa02.30 – 03.30 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta9 Orang

Tujuan Program :

  • Peserta akan diberi sedikit penerangan dan pengenalan kepada Asas Jahitan Tangan, Draf Pola Baju dan Pemotongan Apron.
  • Peserta turut membuat amali untuk menjahit apron sendiri dirumah sebagai tugasan.

Aktivit Sokongan :


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR MASAK

Tarikh6,11,15,16,20 & 25 Mac 2025
Masa09.00 – 10.00 Pagi
02.30 – 03.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta40 Orang

Tujuan Program :

Para peserta didedahkan kepada kemahiran masak seperti :

  • Kemahiran Pembuatan Popia Big Mac Viral
  • Pembuatan Latihan Oleh Tenaga Pengajar di Sistem MTS
  • Peserta mahir masak turut mengikuti kelas selingan bersama Chef Florance Tan untuk mengikuti Kelas Masak Masakan Baba Nyonya dan Pie Quiche.

Aktivit Sokongan :

Gambar Disini


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR FOTO

Tarikh7,14 & 21 Mac 2025
Masa03.00 – 04.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta3 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan pengetahuan asas berkenaan dengan : –

  • Cara mengambil gambar & video menggunakan telefon pintar
  • Mempratikkan teknik yang tepat
  • Penyuntingan yang berkualiti
  • Mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.

Aktivit Sokongan :


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – CYBERSECURITY

Tarikh08 Mac 2025
Masa10.00 – 11.30 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta2 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai keselamatan siber dalam esport bagi melindungi akaun dan reputasi diri serta peserta turut didedahkan dengan kesedaran seperti

  • Meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber dalam e-sukan serta memberikan panduan praktikal untuk melindungi akaun, data peribadi, dan reputasi digital
  • Membantu peserta mengelakkan risiko digodam
  • Membina imej positif dalam komuniti e-sukan.

Aktivit Sokongan :


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – TINY TECHIES

Tarikh08 & 16 Mac 2025
Masa10.00 – 11.30 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta5 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai

  • Program Mentor Tiny Techies bertujuan membimbing pelajar sekolah dalam mengembangkan kemahiran teknologi dan inovasi. Objektifnya termasuk memberi bimbingan terancang untuk kemajuan akademik, memupuk motivasi dan memperkukuh hubungan antara guru dan pelajar. Program ini juga bertujuan melatih pelajar menjadi bertanggungjawab dan berdisiplin serta memperkenalkan bidang kerjaya teknologi.

Aktivit Sokongan :


NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – ESUKAN

Tarikh11,12,15,20,23,27 & 29 Mac 2025
Masa10.00 – 11.00 Pagi
02.30 – 03.00 Petang
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta30 Orang

Tujuan Program :

Peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran dalam esukan antaranya adalah seperti : –

  • Kelas Kesedaran E Sukan Teras 3 dimana peserta didedahkan kepada video “Pemantauan dan Perlindungan kepada Kanak-kanak”, yang menekankan kepentingan keselamatan digital, pemantauan ibu bapa, dan keseimbangan dalam e-Sukan. Kelas ini membantu peserta memahami industri e-Sukan dengan lebih positif serta langkah perlindungan bagi kanak-kanak yang berkecimpung dalam bidang ini.
  • Kelas Kesedaran Esukan Peluang, Cabaran & Peranan Persatuan dalam episod ini, kita bersama Encik Mohd Hafis Bin Khairulah, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Elektronik Selangor, yang akan berkongsi tentang peranan dan inisiatif persatuan dalam membangunkan industri e-sukan di Selangor. Antara topik menarik yang akan dibincangkan adalah Bagaimana persatuan membantu membangunkan komuniti e-sukan dan mencungkil bakat baru dan serta cabaran terbesar dalam pembangunan e-sukan, termasuk stigma masyarakat dan kekangan infrastruktur dan Peluang bukan hanya sebagai pemain profesional, tetapi juga dalam bidang seperti pengurusan acara, penciptaan kandungan, dan shoutcasting.

Aktivit Sokongan :


NADI X KEUSAHAWAN – KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN

Tarikh7 & 13 Mac 2025
Masa09.30 – 12.30 Pagi
LokasiNADI Kampung Bungey
Peserta12 orang

Tujuan Program :

Memahami kebaikan mengikuti latihan pengendalian makanan

  • Menjadi lebih peka terhadap kebersihan diri, peralatan yang digunakan dan keadaan premis
  • Melakukan amalan yang baik semasa mengendalikan makanan.
  • Mengendali makanan dengan cara yang betul

Antara kelas lain yang dijalankan kepada usahawan di sekitar Debak adalah Kelas Perancangan Perniagaan dan Pengurusan Kewangan.

Aktiviti Sokongan :


NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – MARI SIHAT BERSAMA NADI!

TARIKH13 Februari 2024
MASA09.00 Pagi
LOKASINADI Kampung Bungey
PESERTA2 ORANG

Tujuan Program :

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:

  1. Saringan Tekanan Darah
  2. Saringan Gula Dalam Darah
  3. Body Mass Index (BMI)

Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda.

Aktiviti Sokongan :


INISIATIF KERAJAANPROGRAM KESEDARAN KEPADA KOMUNITI MADANI

Tarikh01 Mac 2025
Masa11.00 – 12.00 Pagi
TempatNADI Kampung Bungey
Peserta6 Orang

Tujuan Program :

Komuniti Madani yang hadir ke NADI Kampung Bungey diberi pendedahan kepada cara dan serta penerangan mengenai fungsi AIFA ChatBox untuk mencari kesahihan sesuatu berita.

Aktivit Sokongan :