Pemuda dan belia di Kampung Bungey Hilir ini juga bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang diadakan pada peringkat kampung. Antaranya ialah, terlibat didalam persatuan silat dan kumpulan hadrah (Kompang tradisional) di samping terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukan luar.
PERSATUAN SILAT HAILAM LAUT
Persatuan Silat Hailam Laut ini telah disertai anak-anak muda kampung seramai 33 orang. Selain untuk perlindungan diri, persatuan silat ini juga selalu dijemput untuk membuat persembahan sambutan tetamu kehormat dan majlis perkahwinan dan sebagainya. Persatuan ini dikelolakan oleh Kampung Debak Laut dan pernah membuat persembahan ketika menyambut ketibaan Ketua Menteri Sarawak ketika itu iaitu YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika menghadiri majlis sambutan “Jom Ringgo Rayo Debak” pada tahun 2013.
KUMPULAN HADRAH
Kampung Bungey Hilir juga mempunyai sebuah kumpulan hadrah ataupun Kumpulan Kompang. Kumpulan Hadrah ini selalu terlibat dengan aktiviti kampung seperti membuat persembahan semasa kenduri perkahwinan dan banyak lagi. Oleh kerana bilangan kampung yang banyak, mereka telah bersepakat untuk mengabungkan kesemua kumpulan hadrah yang ada untuk membuat persembahan bersama-sama. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara semua penduduk kampung di Daerah Debak. Antara program yang disertai oleh kumpulan hadrah ini adalah, Forum Perdana yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2011, Program bersama Tuan Yang Terutama pada tahun 2010 dan Sambutan “Jom Ringgo Rayo Debak pada Aidilfitri 2013.