Nama | : | Anna Anak Umur |
Umur | : | 31 Tahun |
Ahli | : | Januari 2023 |
Bentuk
Perniagaan
|
: | Kraftangan |
Latar Belakang
Puan Anna merupakan ahli baru PEDi, Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Dengan adanya anak kecil, beliau mempunyai kekangan untuk berniagaa secara berdepan.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi
Jualan hanya dijalankan melalui tempahan menggunakan panggilan dan pelanggan hadir ke rumah untuk menempah.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Selepas mengikuti kelas keusahawan dan Shoppe Basic, banyak yang beliau pelajari dan mendapat tunjuk ajar dari petugas bagaimana menggunakan media sosial sebagai platform untuk memasarkan produk, dan dapat mengemaskini facebook untuk membuat promosi jualan.
Selain daripada itu, beliau dapat mempelajari bagaimana cara mengambil produk yang lebih terang dan menarik dan berpeluang belajar membuat label produk sendiri dan mengurangkan kos cetakan yang sebelum ini beliau masih belum berpeluang menghasilkan label sendiri.
Selain itu, beliau juga menyertai program usahawan yang dianjurkan oleh pihak PEDi Kg Bungey.
Sekarang beliau dapat menjalankan perniagaan beliau sendiri dengan menjalankan perniagaan menggunakan Shopee dan menyiapkan tempahan pelanggan dalam masa yang cepat.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
Pemasaran atas talian menggunakan aplikasi Shoppe di Smartphone selain melalui facebook dan whatsapp.Selain itu, mempelajari kefahaman kehendak pelanggan, dan cara mengekalkan pelanggan.